Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

ALUNAN AYAT - AYAT SUCI AL -QURAN

DATARAN KEJAT SMA AL -ATTAS , 6 MAC 2017 – Membaca al –Quran satu muka surat setiap pagi telah menjadi satu rutin harian bagi warga SMA AL –Attas setiap kali tamatnya perhimpunan pagi . Kebiasaannya para pelajar lelaki yang terdiri daripada pelajar kelas tahfiz @ pelajar yang mahir dalam teknik pembacaan ayat – ayat suci al –quran ditugaskan menjadi wakil sebagai ketua bagi memimpin bacaan mengikut hari – hari tertentu . 

Al –Quran merupakan terapi jiwa agar  hidup lebih tenteram . Sehubungan dengan itu , pengetua menginginkan para pelajar lebih mengingati al –quran agar permulaan pembelajaran wajib dimulakan dengan bacaan al –Quran kerana tujuan utama hal ini  dilaksanakan membimbing diri mereka lebih ke     arah kebaikan . 

Tag: #AL -QURAN & AS -SUNNAH PANDUAN HIDUP

0 komen

Sila berikan komen anda di sini