Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

MOTIVASI PENGURUSAN STRES BELAJAR NORMA BAHARU

PERKARA : MOTIVASI PENGURUSAN STRES BELAJAR NORMA BAHARU

Motivasi ini diadakan bertujuan menangani masalah stres dan kurang semangat yang dialami oleh pelajar tingkatan empat yang mana mereka akan menghadapi Peperiksaan Sijil Menengah Agama Pahang tidak lama lagi. Motivasi ini juga dirancang untuk memenuhi keperluan pelajar dalam mengukuhkan sahsiah dan mempertingkatkan kebolehan  pelajar dalam menguruskan masa dan emosi serta pengurusan diri, Seterusnya diharapkan agar motivasi ini akan meningkatkan lagi prestasi para pelajar dalam mengawal sikap, emosi serta membantu mereka mengurus masa secara terancang dan sistematik sekali gus dapat melahirkan pelajar yang berjaya dari semua aspek sama ada dari segi kurikulum dan kokurikulum.

OBJEKTIF

Menyuntik semangat pelajar untuk belajar
Melahirkan pelajar yang menghargai masa
Melahirkan pelajar yang cekap dalam pengurusan masa
Mewujudkan kumpulan pelajar yang bermotivasi dan berwawasan
Membantu pelajar yang sedia cemerlang mencermerlangkan lagi diri mereka

TARIKH : 24 JULAI 2021
ANJURAN : 
UNIT HEP
UNIT KAUNSELING

DISAMPAIKAN OLEH : CIK NABILAH BT NYAN
PEGAWAI PSIKOLOGI ( KAUNSELING ) PEJABAT KESIHATAN DAERAH PEKAN. 

# TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN CIK NABILAH SELAKU PEGAWAI PSIKOLOGI MENYAMPAIKAN  MOTIVASI ILMU INI

Tag: #HEP + KAUNSELING 2021

0 komen

Sila berikan komen anda di sini