LADAP I : BENGKEL Professional Learning Community (PLC)
BANDAR JENGKA, 26 JUN 2025 - Ladap l : Bengkel Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community (PLC) ini telah disampaikan oleh Pn Nurul Afida binti Subki dan En Mohd Hafiz bin Abd Rahman.
Bengkel ini menyasarkan penyertaan penuh daripada barisan guru sebagai usaha memperkukuh budaya kolaboratif dalam kalangan warga pendidik.
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kualiti guru melalui kerjasama berterusan yang menjurus kepada pembangunan profesional dan keberkesanan pengajaran serta pembelajaran murid.
Diharapkan program seperti ini dapat membudayakan kolaborasi profesional dalam kalangan guru Ma’ahadSAS demi kecemerlangan murid dan kualiti pendidikan yang lebih unggul.

0 komen