Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN PENTADBIRAN

KUANTAN - Kelab Kakitangan dan Guru telah mengadakan majlis persaraan kakitangan pentadbiran secara atas talian. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG, Ustaz Khairul Anuwar, semua guru serta kakitangan dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua SM Agama Al-Ihsan Kuantan. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih diatas perkhidmatan yang telah diberikan selama tempoh berkhidmat dan selamat maju jaya pada masa hadapan.

Tag: 2021 PENSION

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | SOROTAN E-KARNIVAL ILMIAH PERINGKAT SEKOLAH

KUANTAN - Unit Kokurikulum SM Agama Al Ihsan telah menganjurkan Karnival Ilmiah Atas Talian Peringkat Sekolah. Antara objektif perlaksanaan adalah untuk mencungkil bakat dan juga kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar SM Agama Al Ihsan yang mana kemahiran itu merupakan salah satu daripada kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap pelajar sebagai seorang pelajar SMAN yang cemerlang dan berkualti. Tahniah diucapkan kepada para pemenang kerana mampu bersaing dengan sihat dan memberi...

Tag: 2021 E-CARNIVAL

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG

KUANTAN - Majlis Khatam Al-Quran 1442H telah dilaksanakan secara serentak di 18 buah SMAN seluruh pahang dengan menggunakan platform webex dan FB Live. Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah menjadi host utama dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang dalam menjayakan majlis tersebut. Program tersebut bertujuan untuk membina sahsiah dan peribadi para pelajar secara tidak langsung sepanjang menjalani ibadah puasa dalam tempoh persekolahan secara bersemuka mengikut norma baharu. Antara yang...

Tag: 2021 FASTING

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | KUIZ IHYA ' RAMADAN PERINGKAT SEKOLAH

KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Kerohanian 4K telah melaksanakan Kuiz Ihya' Ramadan peringkat sekolah sepanjang bulan Ramadan dalam tempoh persekolahan. Tujuan utama pelaksanaan kuiz tersebut adalah sebagai salah satu nilai tambah pengetahuan kepada para pelajar disamping mereka belajar seperti biasa. Hal ini mampu menjadikan para pelajar sentiasa cakna dengan perkembangan isu semasa termasuk peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam khususnya pada bulan...

Tag: 2021 FASTING