Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | CERAMAH IHYA' RAMADAN

KUANTAN - Unit BDDK SM Agama Al-Ihsan telah mengadakan Ceramah Ihya' Ramadan sempena kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak 1439 H. Ceramah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Shukri Bin Mohamed Sodin, Penolong Pengarah Unit SAR/KAFA, Jabatan Agama Islam Pahang. Antara yang menarik ialah para pelajar diberi peringatan tentang kelebihan bulan ramadan dan ancaman kepada mereka yang mengambil remeh tentang urusan ibadah sepanjang bulan ramadan. Berdasarkan sebuah hadis; Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Rugi (celaka) orang yang disebutkan namaku (nama Rasulullah SAW) di hadapannya, tetapi ia tidak mahu berselawat kepadaku. Rugi (celaka) orang yang masuk Ramadan, kemudian Ramadan itu berlalu sebelum dosa-dosanya diampuni. Rugi (celaka) seorang yang mendapatkan kedua orang tuanya di waktu tua (lanjut usia), tetapi keduanya tidak dapat menyebabkannya masuk Syurga.” HR Tirmizi No: 3545. Semoga bulan ramadan kali ini lebih bermakna kepada kita.

Tag: IHYA' RAMADAN 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini