Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | MAJLIS HAFAZAN HADIS SMAN PERINGKAT NEGERI PAHANG (MAHADIS)

KUANTAN - Unit Kokurikulum SM Agama Al Ihsan telah menghantar 2 orang peserta bagi mewakili sekolah dalam Majlis Hafazan Hadis Sekolah Menengah Agama Peringkat Negeri Pahang (MAHADIS). Majlis tersebut diadakan secara atas talian melibatkan 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN). Antara objektif perlaksanaan adalah untuk mencungkil bakat dan juga kemahiran menghafaz hadis dalam kalangan pelajar SMAN yang mana kemahiran itu merupakan salah satu daripada kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap pelajar sebagai seorang pelajar SMAN yang cemerlang dan berkualti. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada para peserta dalam penglibatan sepanjang karnival berlangsung. Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan kurikulum dan kokurikulum masing-masing pada masa hadapan.

Tag: 2021 E-CARNIVAL

0 komen

Sila berikan komen anda di sini