Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | MAJLIS TITISAN ILMU

KUANTAN - Susulan daripada Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin, pihak sekolah telah melaksanakan satu Majlis Titisan Ilmu yang telah berlangsung dengan jayanya pada awal pagi Jumaat. Majlis ringkas ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dalam diri para pelajar dan keredhaan dalam jiwa para guru semasa tempoh PdPc dijalankan sepanjang sesi persekolahan. Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Hj. Mustaparudin Bin Osman, AAP,. AMP,. Pengetua SM Agama Al-Ihsan Kuantan. Majlis bermula dengan Bacaan Yasin dan Solat Dhuha secara berjemaah di tapak perhimpunan dan berakhir dengan sesi bersalaman antara para pelajar dan para guru. Justeru, semoga apa yang dilaksanakan ini mendapat keredhaan Allah azza wa jalla seterusnya menjadikan nilai ikhlas dalam beramal sebagai satu tonggak untuk menggapai kecemerlangan dalam peperiksaan seterusnya memacu Aspirasi Pendidikan Negara dalam usaha merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Tag: AKADEMIK

0 komen

Sila berikan komen anda di sini