Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN SECARA BERSEMUKA

KUANTAN - Pengurusan dan Pentadbiran SM Agama Al-Ihsan Kuantan telah mematuhi ketetapan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 5 Tahun 2021 susulan kepada pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 19 Februari 2021 yang memutuskan bahawa sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula 05 April 2021. Sehubungan itu, Pentadbiran ini juga mematuhi hasil persetujuan YB. Dato' Sri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Dan Pendidikan Negeri Pahang bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang yang memutuskan bahawa sesi persekolah SMAN akan bermula seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh Daftar Asrama: 05 April 2021 (Isnin)
  • Tarikh Mula Persekolahan: 06 April 2021 (Selasa)

Pentadbiran ini ingin menegaskan bahawa pengoperasian tertakluk kepada pematuhan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu dan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Institut Pendidikan Guru Dan Kolej Matrikulasi Dalam Norma Baharu. Pentadbiran sekolah juga akan sentiasa memantau keadaan semasa pengoperasian mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan aspek kesihatan dan keselamatan warga SMAI diutamakan.

Tag: 2021 SCHOOL

0 komen

Sila berikan komen anda di sini