Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PERASMIAN PENUTUP MESYUARAT AGUNG PIBG

KUANTAN - Perasmian penutup Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustazah Apidah Binti Zakaria @ Daud, Penolong Pengarah Kanan, Unit Naziran, Latihan dan SAN, Jabatan Agama Islam Pahang. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas kunjungan rasmi sebagai wakil Dato' Pengarah. Antara yang menarik semasa majlis perasmian penutup ialah penyampaian Sijil Kecemerlangan kepada para pelajar cemerlang SPM 2017. Kehadiran daripada wakil Jabatan Agama Islam Pahang membuktikan bahawa pihak jabatan sentiasa cakna dan prihatin terhadap semua aktiviti sekolah yang bernaung dibawah jabatan. Semoga keprihatinan ini menyumbang ke arah perkembangan positif sekolah dalam usaha memartabatkan pendidikan Negeri Pahang.

Tag: pibg 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini