Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | JUNIOR DOCTORS

KUANTAN - Sebahagian pelajar Tingkatan 4 SM Agama Al-Ihsan telah mengikuti Bengkel Junior Doctor bertempat di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kuantan. Penyertaan seramai 50 orang pelajar Aliran Sains Tulen dan Sains Sosial dalam bengkel tersebut membuktikan mereka sebenarnya mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam bidang berkaitan. Bengkel tersebut telah memberi pendedahan awal kepada para peserta mengenai bagaimana mereka menghadapi situasi kecemasan dan apakah langkah pertama yang perlu diambil bagi mengurangkan risiko dan berkemungkinan mampu menyelamatkan mangsa daripada situasi tersebut. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dalam penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.  Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan akademik masing-masing pada masa hadapan.

Tag: 2020 JUNIOR DOCTORS

0 komen

Sila berikan komen anda di sini