Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PERKHEMAHAN PBSMM DAERAH KUANTAN

KUANTAN - Satu perkhemahan unit beruniform telah dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) bagi Peringkat Daerah Kuantan. Perkhemahan tersebut telah berlangsung selama 3 hari bertempat di Pusat KoKurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dan terdiri daripada 18 buah sekolah daerah Kuantan. Seramai 9 orang pelajar telah mewakili sekolah dalam perkhemahan tersebut. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah Acara Berkumpulan iaitu Skill Station yang merangkumi CPR, Ambulans, Bebat & Balutan, Luka Melecur dan Solekan Kecederaan. Selain itu, aktiviti Integrasi iaitu Ceramah Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dan aktiviti individu iaitu Buku Log PBSMM. Tahniah diucapkan kepada peserta Muhammad Wafy Bin Mohd Faizul, 3 Ibnu Abbas kerana telah mendapat pencapaian Peserta Terbaik dan peserta Mohamaed Afif Bin Azalan, 4 Al-Farabi 2 kerana telah mendapat pencapaian Imam Camp Idol sepanjang tempoh perkhemahan berlangsung. Semoga pencapaian yang digapai dapat meningkatkan motivasi dalam diri pelajar serta rakan pelajar yang lain dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sahsiah dan akademik pelajar.

Tag: PBSMM AKADEMIK 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini