Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Tag: "2022"

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | ANUGERAH KECEMERLANGAN SMA 2021

KUANTAN- Penyampaian hadiah kecemerlangan sempena SMA 2021 telah dilaksanakan pada 6 Julai 2022 bertempat di Dewan Ad- Daraquthni kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 2021 yang beroleh Mumtaz dan Mumtaz Sufi .Seramai 38 orang pelajar telah berjaya memperoleh mumtaz dan 19 orang daripadanya telah berjaya memperoleh Mumtaz Sufi. Semoga sinar kejayaan semua pelajar ini mejadi inspirasi buat generasi seterusnya untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Tag: 2022 anugerah kecemerlangan SMA 2021

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | IHYA' RAMADHAN

KUANTAN- Pelancaran Ihya' Ramadhan anjuran Jawatankuasa Kerohanian SMA Al- Ihsan telah dijalankan pada 5 April 2022 iaitu bersamaan dengan 3 Ramadhan 1443H di Dewan Ad- Daraquthni. Pelancaran Ihya' Ramadhan merangkumi pengenalan program - program yang bakal dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan seperti Tadarus Al-Quran, Tabung Infaq Ramadhan, Ceramah Nuzul Al- Quran, Sumbangan kepada asnaf dan pellbagai aktiviti yang lain. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua dan pelancaran ini...

Tag: 2022 ihya' ramadhan

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | ORIENTASI TINGKATAN 1

KUANTAN- Pada 5 April 2022, program orientasi bagi pelajar tingkatan 1 telah diadakan di Dewan Ad-Daraquthni. Beberapa guru telah terlibat sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar pelajar tingkatan 1 bagi menghadapi peringkat alam persekolahan yang baru bagi mereka. Pelajar telah dibawa mengelilingi sekolah dan diperkenalkan dengan beberapa tempat yang penting seperti bangunan bilik darjah, tandas, surau, koperasi, bilik guru dan sebagainya. Semoga dengan program orientasi yang...

Tag: 2022 Orientasi

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | GOTONG- ROYONG PERDANA

KUANTAN- Gotong royong perdana telah diadakan pada 22 Mac 2022. Semua guru telah berganding bahu bersama sama membersihkan kawasan sekitar sekolah seperti bilik darjah, koridor, dewan, tapak perhimpunan dan kawasan sekitar sekolah. Kerja pembersihan turut dilaksanakan bersama pihak pentadbiran dan juga staf pembersihan. Hal ini adalah sebagai persediaan untuk pembukaan sekolah secara bersemuka pada minggu hadapan.


Tag: 2022 GOTONG ROYONG