Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | BANTUAN ZAKAT MUIP

KUANTAN - Seramai 910 orang pelajar SM Agama Al-Ihsan Kuantan telah menerima bantuan zakat sumbangan Majlis Ugama Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebagai bantuan awal persekolahan bagi sesi persekolahan tahun ini. Bantuan disampaikan secara langsung kepada para pelajar mengikut tingkatan masing-masing. Maklumat para pelajar telah disahkan kelayakan menerima sumbangan oleh GPK Kurikulum, Ustaz Ruzlan Bin Abd Rahman dan GPK Hal Ehwal Murid, Ustazah Wan Saadah Binti Wan Abd Rahman. Justeru, pihak pentadbiran sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan. Jazakumullahu khairan kathira.

Tag: zakat muip 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini