Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | MAJLIS KESYUKURAN MASISUPA

KUANTAN - Pihak pentadbiran Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah menganjurkan satu Majlis Kesyukuran yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Qadhi Daerah Kuantan,  Tuan Haji Abdul Zaki bin Mod Zain, AMP bagi meraikan kesungguhan dan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh para atlet sekolah dalam Kejohanan MASISUPA yang lalu. Antara objektif lain adalah sebagai satu suntikan anjakan paradigma dalam jiwa atlet bagi meneruskan kegemilangan al-Ihsan dalam kejohanan yang lain. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada para atlet dan semua jurulatih dalam menggapai kegemilangan al-Ihsan yang berterusan pada masa hadapan. Tahniah!

Tag: MASISUPA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini