Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | SOLAT HAJAT PERDANA

KUANTAN - Solat Hajat Perdana telah dilaksanakan pada 20 September baru-baru ini. Solat hajat ini adalah aktiviti tahunan melibatkan pelajar tingkatan 3,4,5, ibu, bapa dan guru-guru SMA al-Ihsan. Lebih kurang 600 orang telah memenuhi ruang solat Surau SMA al-Ihsan. Solat hajat bermula jam 09:00 pagi, diiringi bacaan Yasin dipimpin oleh  Imam 1 Masjid Negeri Ustaz Khalil bin Zari. Selepas itu, tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Cikgu Fadzil. Solat Hajat berakhir jam 11:00 pagi. Terima kasih dari pihak pihak SMA al-Ihsan kepada semua yang menjayakannya. Didoakan semoga pelajar-pelajar diterangkan hati, dipermudah menjawab soalan-soalan peperiksaan kelak.

Tag: 2019 Solat Hajat

0 komen

Sila berikan komen anda di sini