Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PENYAMPAIAN INFAQ RAMADAN KEPADA GOLONGAN TERSASAR

KUANTAN - Tabung Infaq Ramadan mendapat sambutan yang baik daripada Warga SM Agama Al-Ihsan sama ada kakitangan mahupun pelajar sejak tabung tersebut dilancarkan semasa Pelancaran Ihya Ramadan 1442H oleh Yang Berusaha Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua SM Agama Al-Ihsan. Hasil kutipan tabung infaq tersebut telah disampaikan kepada golongan tersasar yang terdiri daripada keluarga pelajar B40. Penyerahan kutipan telah dilaksanakan oleh wakil Pengetua, Yang Berusaha Ustazah Wan Saadah Binti Wan Abd Rahman, GPK Hal Ehwal Murid SM Agama Al-Ihsan bersama Unit Kerohanian 4K. Semoga dengan penyerahan sumbangan tersebut membawa sinar kepada para pelajar seterusnya melakar kecemerlangan akademik secara berterusan. Justeru, pihak pentadbiran sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada para penyumbang dengan lafaz Jazakumullahu khairan kathira.

Tag: 2021 CONTRIBUTION

0 komen

Sila berikan komen anda di sini