Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | WATIKAH PERLANTIKAN BADAN KEPIMPINAN SEKOLAH

KUANTAN - 15.01.2020 Watikah Perlantikan bagi semua Badan Kepimpinan Sekolah telah berlangsung dibawah kelolaan Unit Hal Ehwal Murid. Perlantikan tersebut merangkumi pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas asrama, ketua dan penolong kelas serta BDDK. Sejumlah besar pelajar telah menerima sijil perlantikan tersebut. Hal ini membuktikan bahawa setiap pelajar adalah pemimpin dan akan memimpin pelajar lain yang berada dalam kalangan mereka. Sekalung penghargaan diucapkan atas perlantikan tersebut.  Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang dilantik dan selamat maju jaya dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.  Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan diri masing-masing pada masa hadapan. 

Tag: 2020 KEPIMPINAN SEKOLAH

0 komen

Sila berikan komen anda di sini