Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | REHLAH MINDA CALON SPM

KUANTAN - Pantai Air Leleh Pekan menjadi destinasi pilihan pihak sekolah untuk menganjurkan 'short-vacation' khusus kepada semua calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan pada 06 November 2017. Antara objektif penganjuran ialah memupuk ketekalan motivasi dalam diri pelajar sebagai pengorak langkah mencetuskan kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi oleh mereka. Hal ini membuktikan bahawa hiburan secara terkawal bukan penghalang kepada kejayaan malah menjadi penyuntik semangat untuk terus kekal positif. Tambahan daripada itu, psikologi pendidikan menyatakan bahawa kecerdasan emosi melalui domain afektif sangat berkait rapat dengan domain kognitif dalam aspek pendidikan dan melalui emosi yang positif akan tercetusnya tindakan yang positif seterusnya menghasilkan kejayaan dalam apa jua tindakan yang diambil. Justeru, pihak sekolah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada semua calon SPM untuk mendukung harapan sekolah dalam usaha melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang akademik seterusnya merealisasikan Aspirasi Pendidikan Negara dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Tag: AKADEMIK

0 komen

Sila berikan komen anda di sini