Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

KUANTAN - 09.02.2020 Badan Dakwah dan Kepimpinan (BDDK) telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah khusus kepada pelajar tingkatan 3. Kursus yang berlangsung selama satu hari itu menampilkan pengisian yang tepat berkenaan dengan cara menguruskan jenazah lelaki dan wanita. Kursus ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar bagaimana menguruskan jenazah apabila mereka mengalami sendiri situasi kematian dalam keluarga mereka.  Diharapkan agar dengan pendedahan dan pencerahan awal yang sedemikian mampu meningkatkan kemahiran pelajar dalam pengurusan jenazah.  Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dalam penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.  Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan akademik masing-masing pada masa hadapan.


Tag: 2020 PENGURUSAN JENAZAH

0 komen

Sila berikan komen anda di sini