Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

MAJLIS GRADUASI KALI PERTAMA

Telah berlangsung satu majlis gilang gemilang buat pertama kalinya di Sekolah Menengah Agama al-Ihsan iaitu Majlis Graduasi Kali Pertama. Majlis ini telah berlangsung pada 30 Oktober 2016 di Dewan SUK, Kuantan.

Seramai 198 orang pelajar dari tingkatan lima tahun 2016 diraikan dalam majlis ini. Graduasi ini diberikan kategori mengikut sakhsiyah pelajar. Pelajar Terpuji diungguli oleh Wan Mohd Aizat. Beliau memegang jawatan sebagai ketua asrama dan pengawas sekolah. Beliau juga aktif dalam sukan ping pong serta mewakili sekolah, zon 2 dan mewakili Pahang dalam sukan KESSUMA.

Tag: graduasi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini