Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | HUMANITARIAN TALK

KUANTAN - Semarak Ramadan Peringkat Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan membuka tirai dengan satu program Ceramah Kemanusiaan yang berlaku dalam kalangan umat islam khususnya di Timur Tengah (Bumi Syam) iaitu Palestine, Syria, Iraq, Yemen dan sebagainya. Firman Allah SWT dalam (Surah al-Baqarah : Ayat 143) " Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu umat islam, umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar rasul Muhammad menjadi saksi atas perbuatan kamu..." Berdasarkan kepada ayat ini, dapat kita rumuskan bahawa setiap tindakan dan perbuatan kita dalam memperjuangkan isu ummah sejagat akan dinilai oleh Allah SWT. Semoga pendedahan yang diberikan dapat memberi penjelasan mengenai krisis umat islam kini dalam konteks jiwa para pelajar secara tepat dan jelas.

Tag: UMMAH

0 komen

Sila berikan komen anda di sini