Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | JUARA ZON 2

KUANTAN – Majlis Perasmian Penutup MASISUPA kali ke-33 Zon 2 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Haji Shafik Fauzan Bin Haji Sharif, DSAP., DIMP., SMP., Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri pada 19 Februari 2017 bertempat di Dewan ad-Daraquthni Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan Kuantan.
 
Kejohanan MASISUPA yang berlangsung selama empat hari itu berakhir dengan jayanya. Berikut disenaraikan jumlah pungutan pingat bagi setiap acara mengikut sekolah-sekolah yang bertanding.

Keputusan Keseluruhan bagi Acara Ilmiah
| NAMA SEKOLAH | EMAS | PERAK | GANGSA
| SMA AL-IHSAN | 20 | 5 | 6 |
| MAAHAD SAS | 7 | 10 | 10 |
| SMA PULAU TAWAR | 2 | 8 | 6 |
| SMI AL-IRSYAD | 2 | 4 | 5 |
| SMA MARAN | 1 | 5 | 4 |
 
Keputusan Keseluruhan bagi Acara Sukan
| NAMA SEKOLAH | EMAS | PERAK | GANGSA
| SMA AL-IHSAN | 10 | 6 | 9 |
| SMA PULAU TAWAR | 7 | 3 | 6 |
| SMA MARAN | 3 | 9 | 2 |
| MAAHAD SAS | 3 | 4 | 6 |
| SMI AL-IRSYAD | 0 | 2 | 1 |

Sekalung tahniah buat mereka yang berjaya melepasi ke Kejohanan MASISUPA Pusat yang akan berlangsung pada bulan Mac 2017 nanti. Didoakan semoga seluruh Kontijen Zon 2 berjaya mengharungi cabaran yang mendatang seterusnya mewakili Negeri Pahang dalam acara sukan mahupun ilmiah.

Tag: MASISUPA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini