Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA ASRAMA | LAWATAN KPP KANAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

KUANTAN - Pihak pentadbiran Asrama SM Agama Al-Ihsan Kuantan telah dikunjungi oleh KPP Kanan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang bagi melihat pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) di bangunan asrama. Lawatan yang singkat itu telah memberi pendedahan kepada pihak asrama dalam mengemaskini Standard Operating Procedure (SOP) sedia ada dalam bangunan asrama. Pihak pentadbiran mengucapkan terima kasih atas segala tunjuk ajar dan penambahbaikan yang diberikan dalam memenuhi sasaran pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Semoga dengan pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) di asrama seluruh SMAN dapat memutuskan rantaian COVID-19 seterusnya mengekalkan kualiti pendidikan dan memartabatkan SMAN sebagai institusi pendidikan dibawah Jabatan Agama Islam Pahang setanding dengan institusi pendidikan yang lain.

Tag: 2020 pkpp asrama

0 komen

Sila berikan komen anda di sini