Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA ASRAMA | RIB3TUL UKHUWWAH ASASUL QUWWAH

KUANTAN - Seramai 40 orang alumni SM Agama Al-Ihsan telah hadir untuk menjayakan program yang bertemakan "ukhuwwah asas kekuatan". Program ini melibatkan pelajar asrama khususnya dan sebahagian pelajar harian amnya. Antara yang difokuskan adalah disiplin solat dalam menentukan keberhasilan sesuatu pengurusan sama ada di sekolah mahupun di asrama. Alumni yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang universiti yang mana secara tidak langsung memberi semangat kepada pelajar yang hadir untuk terus belajar sehingga menggapai impian yang diimpikan. Yang Berbahagia Tuan Pengetua juga turut hadir dalam memberi sokongan dan kepercayaan terhadap program ini. Semoga perubahan yang diinginkan untuk membawa kecemerlangan sekolah ke peringkat yang lebih tinggi berhasil. Selamat Berjuang!

Tag: asrama 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini