Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | AMBANG MASISUPA ZON 2

KUANTAN – Karnival Sukan dan Ilmiah Peringkat Sekolah dibawah kelolaan Unit Ko-Kurikulum Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah berjaya melabuhkan tirai dengan sempurna. Karnival selama satu minggu yang bermula 18 Januari 2017 dan berakhir pada 25 Januari 2017 telah melibatkan penyertaan daripada keseluruhan pelajar. Pelbagai acara telah dipertandingkan yang terdiri daripada sukan dan ilmiah masing-masing merangkumi 2 kategori iaitu Bawah 15 Tahun dan Bawah 18 Tahun.
 
Karnival Sukan dan Ilmiah ini telah membuka tirai dengan acara pembukaan iaitu Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Azizi Bin Abdul Aziz, Ketua Kampung Tanjung Api / Kampung Selamat / Galing Kecil. 
 
Keputusan Karnival Sukan dan Ilmiah adalah seperti berikut:
 
1) Acara Merentas Desa: JOHAN – Rumah Kuning
2) Acara Rumah Berhias: JOHAN – Rumah Kuning

3) Acara Sukan Keseluruhan:
JOHAN – Rumah Hijau
NAIB JOHAN – Rumah Biru
Ke-3 – Rumah Kuning
Ke-4 – Rumah Merah
 
4) Acara Ilmiah Keseluruhan:
JOHAN – Rumah Merah
NAIB JOHAN – Rumah Biru
Ke-3 – Rumah Kuning
Ke-4 – Rumah Hijau
 
5) Sukan dan Ilmiah Keseluruhan:
JOHAN – Rumah Hijau
NAIB JOHAN – Rumah Merah
Ke-3 – Rumah Kuning
Ke-4 – Rumah Biru
 
Semoga Kejohanan Sukan dan Ilmiah yang telah berlangsung itu dapat menerapkan nilai-nilai kesukanan yang tinggi dan kemantapan sahsiah peribadi dalam diri pelajar seterusnya memacu kegemilangan ko-kurikulum sekolah pada masa akan datang.

Tag: MASISUPA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini