Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PROSES SANITASI DEWAN PEPERIKSAAN SPM 2020

KUANTAN - SM Agama Al-Ihsan telah menerima kunjungan serta perkhidmatan sukarelawan dalam Program Sanitasi Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Parlimen Kuantan bersama Gerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan dan Skuad  Sabil Kuantan. Seramai 20 orang sukarelawan telah melaksanakan proses tersebut bagi kedua-dua dewan peperiksaan. Tujuan proses tersebut adalah sebagai langkah keselamatan semua pihak sama ada warga kerja sekolah mahupun pelajar bagi memenuhi sasaran Standard Operating Procedure (SOP) persekolahan sepertimana yang telah diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Semoga dengan pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) di seluruh SMAN dapat memutuskan rantaian COVID-19 seterusnya mengekalkan kualiti pendidikan dan memartabatkan SMAN sebagai institusi pendidikan dibawah Jabatan Agama Islam Pahang setanding dengan institusi pendidikan yang lain.

Tag: 2021 SANITATION

0 komen

Sila berikan komen anda di sini