Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | LATIHAN BERPUSAT ZON 2

KUANTAN - Dalam usaha menjayakan MASISUPA NEGERI ke-34 yang akan berlangsung di SM Agama Al-Maidah Padang Tengku, Kuala Lipis, satu latihan berpusat telah dilaksanakan bagi memastikan kesemua pemain dapat menumpukan perhatian semasa menjalani latihan dalam satu pasukan. Latihan berpusat tersebut bermula pada hari jumaat sehingga hari ahad. Dalam tempoh 3 hari tersebut, para peserta didedahkan kepada beberapa aspek kerja berkumpulan dan latihan secara khusus mengikut acara masing-masing. Tambahan daripada itu, pelaksanaan latihan berpusat ini mendapat persetujuan daripada para pengetua SMAN Zon 2. Semoga pelaksanaan ini mampu mengukuhkan ukhuwah antara para peserta dan menghasilkan kejayaan semasa pertandingan berlangsung. Semoga Berjaya!

Tag: MASISUPA R2M 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini