Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA ASRAMA | MAKAN MALAM ASPURARI

KUANTAN - Satu majlis Makan Malam Asrama anjuran pihak Pengurusan Asrama dengan kerjasama Barisan Exco Tingkatan 4 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang berkonsepkan 'Tradisional Melayu' mendapat perhatian daripada pihak Jabatan Agama Islam Pahang untuk turut serta dalam menjayakan majlis tersebut. Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Shukri Bin Mohamed Sodin, Penolong Pengarah Unit SAR/KAFA Jabatan Agama Islam Pahang. Penganjuran majlis ini adalah bertujuan untuk meraikan para pelajar asrama tingkatan lima  selaku tahun akhir persekolahan dan pada masa yang sama mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan pelajar. Selain itu, menu makan malam yang disediakan adalah berkonsepkan makanan tradisional negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Majlis juga turut dihiasi dengan persembahan daripada Hafiz Hamidun sebagai artis jemputan pada program kali ini. Justeru, keberhasilan program yang dilaksanakan menentukan kemampuan pelajar dalam menguruskan suatu organisasi dalam usaha membuat penambahbaikan pengalaman bermakna dalam konteks kehidupan seorang pelajar.

Tag: asrama

0 komen

Sila berikan komen anda di sini