Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | SUMBANGAN KEPADA WARGA KERJA SMAI

KUANTAN - Pihak Pentadbiran Sekolah telah menyerahkan sumbangan berupa barang keperluan kepada warga kerja SMAI yang menjadi tonggak dalam kelancaran pengurusan persekolahan. Penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua SM Agama Al-Ihsan. Semoga dengan penyerahan sumbangan tersebut menjadi salah satu faktor penyumbang kejayaan para kakitangan sokongan seterusnya menjadikan SM Agama Al-Ihsan sebagai Institusi Pendidikan Cemerlang secara...

Tag: 2021 CONTRIBUTION

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | PENYAMPAIAN INFAQ RAMADAN KEPADA GOLONGAN TERSASAR

KUANTAN - Tabung Infaq Ramadan mendapat sambutan yang baik daripada Warga SM Agama Al-Ihsan sama ada kakitangan mahupun pelajar sejak tabung tersebut dilancarkan semasa Pelancaran Ihya Ramadan 1442H oleh Yang Berusaha Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua SM Agama Al-Ihsan. Hasil kutipan tabung infaq tersebut telah disampaikan kepada golongan tersasar yang terdiri daripada keluarga pelajar B40. Penyerahan kutipan telah dilaksanakan oleh wakil Pengetua, Yang Berusaha Ustazah Wan Saadah Binti Wan...

Tag: 2021 CONTRIBUTION

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | SUMBANGAN ZAKAT KAKITANGAN PETRONAS KEPADA PELAJAR ASNAF

KUANTAN - Pihak Pentadbiran sekolah diwakili oleh Yang Berusaha Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua telah menerima kunjungan lawatan daripada Unit Badan Kebajikan Islam Petronas yang diwakili oleh Yang Berbahagia En. Ahmad Zaiyan Bin Mohd Kassim, CEO PCMTBE Sdn. Bhd. Dalam pertemuan yang ringkas itu, Pihak pentadbiran telah berkongsi hala tuju dan matlamat sekolah dalam memacu arena pendidikan selaras dengan visi dan misi yang dibawa oleh Jabatan Agama Islam Pahang. Pihak pentadbiran juga telah...

Tag: 2021 CONTRIBUTION

Papar Artikel

LENSA ASRAMA | PROGRAM KHAS PENINGKATAN HAFAZAN Al-QURAN

KUANTAN - Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dengan kelolaan Pengurusan Asrama SM Agama Al Ihsan telah melibatkan para pelajar Tingkatan 1 dan 2 Asrama bagi menjayakan Program Khas Peningkatan Hafazan Al Quran. Antara objektif perlaksanaan adalah untuk memberi pendedahan bagaimana teknik menghafaz Al Quran dengan berkesan dalam kalangan pelajar SM Agama Al Ihsan yang mana kemahiran itu merupakan salah satu daripada kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap pelajar sebagai seorang pelajar SMAN yang...

Tag: 2021 FASTING