Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PERHIMPUNAN PERTAMA PERSEKOLAHAN

KUANTAN - 02.01.2020 Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah menerima seramai 240 orang pelajar baru bagi Kemasukan Tingkatan 1 sesi persekolahan tahun ini. Jumlah tersebut meyakinkan bahawa sekolah agama masih mendapat tempat dalam hati masyarakat khususnya buat generasi baru dalam kerangka memacu perubahan arus pendidikan berlandaskan shariah.
 
Hari Orientasi Pelajar yang dilaksanakan selepas perhimpunan pertama pada 02 Januari 2020 bertempat di Dewan ad-Daraquthni merupakan satu medium yang diketengahkan oleh pihak sekolah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar. Program ini dilaksanakan berorientasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan insan seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan seterusnya melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
 
Justeru, pihak sekolah berharap agar pertambahan jumlah pelajar pada tahun ini akan menjadi agen perubah seterusnya akan melonjakkan paradigma kecemerlangan sekolah dalam menjadikan Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan sebagai satu organisasi cemerlang dan gemilang.

Tag: 2020 perhimpunan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini