Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1

KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid telah melaksanakan Orientasi Pelajar Baharu pada hari pertama persekolahan secara bersemuka dalam mengamalkan norma baharu. Orientasi telah dilaksanakan oleh Penyelaras Tingkatan bersama para guru. Orientasi yang berlangsung dalam tempoh satu hari turut dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan dan semoga para pelajar dapat mengamalkan amalan persekolahan yang betul serta mengikut norma baharu seterusnya melakar kecemerlangan akademik pada masa hadapan.

Tag: 2021 1ST DAY

0 komen

Sila berikan komen anda di sini