Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | MESYUARAT AGUNG PIBG

KUANTAN - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali ke-24 yang telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Hussni Bin Mohamad Diah, YDP PIBG bagi sesi 2018. Antara yang menarik adalah mengenai peranan sekolah dalam memperkasakan pelajar baik dari aspek kurikulum mahupun kokurikulum disamping tidak menafikan kepentingan pembinaan kemahiran soft-skills sebagai memenuhi keperluan sumber manusia apabila pelajar sudah tamat persekolahan, Kehadiran ibu bapa yang begitu ramai membuktikan bahawa PIBG merupakan medium yang sesuai untuk berhubung dengan pihak sekolah dalam membina jati diri para pelajar. Semoga apa yang dirancang dan dilaksanakan oleh PIBG mampu mendorong para ibu bapa terus kekal memberi sokongan dan kepercayaan kepada pihak sekolah dalam usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menepati sistem pendidikan yang dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Tag: pibg 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini