Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PEMULANGAN & AGIHAN BUKU TEKS

KUANTAN - Kelab B.O.S.S telah menjadualkan pemulangan dan agihan buku teks khusus kepada pelajar lama dan baharu bagi kegunaan PdPR semasa persekolahan dalam tempoh PKP. Penjadualan tersebut mematuhi S.O.P yang telah ditetapkan dan telah diselaraskan secara dalaman untuk kemudahan para ibu bapa membuat tindakan lanjut. Tambahan daripada itu, para pelajar juga diingatkan agar menjaga buku teks daripada sebarang kerosakan dan perlu membalut pada masa yang sama dalam usaha memastikan buku teks terjaga dan dalam keadaan yang baik. Justeru, pihak sekolah mengharapkan supaya para pelajar dapat menjayakan PdPR dengan sepenuhnya berbekalkan buku teks baharu bagi sesi persekolahan 2021. 

Tag: 2021. TEXT BOOK

0 komen

Sila berikan komen anda di sini