Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA ASRAMA | KEM IBADAH SIRI 1.0

KUANTAN - 08-09.02.2020 Kem Ibadah Siri 1.0 telah berlangsung selama 1 hari dibawah kelolaan Unit Hal Ehwal Murid. Kem tersebut melibatkan semua pelajar asrama yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kem tersebut dikendalikan oleh para pelajar Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) yang mengambil jurusan shariah dan menjadikan program ini sebagai platform dakwah dalam merealisasikan apa yang telah dipelajari dalam jurusan mereka.  Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dalam penglibatan sepanjang program. Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan akademik masing-masing pada masa hadapan. Diharapkan agar dengan perlaksanaan kem ibadah ini dapat meningkatkan kualiti ibadah serta aspek kerohanian secara individu dari semasa ke semasa.


Tag: 2020 BDDK

0 komen

Sila berikan komen anda di sini