Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PELANCARAN QUALITY ENVIRONMENT

KUANTAN - Satu Majlis Pelancaran Quality Environment telah dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai langkah permulaan untuk mengubah suai persekitaran sekolah ke arah yang lebih baik. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Malaysia Productivity Corporation Tuan Haji Adnan Bin Abdullah. Antara objektif pelancaran ini adalah untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif kepada semua warga sekolah termasuk para pelajar. Dalam konteks pelajar, pelancaran ini dapat menanam sikap bertanggungjawab dan pemikiran kreatif dalam diri pelajar ke arah mencapai persekitaran pembelajaran yang berinovasi dan berkreativiti tinggi. Sekolah juga mengharapkan dengan adanya konsep quality environment di sekitar sekolah mampu membawa kecemerlangan kepada sekolah baik dari sudut akademik mahupun sahsiah pelajar.

Tag: 5S 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini