Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | SUMBANGAN ZAKAT KAKITANGAN PETRONAS KEPADA PELAJAR ASNAF

KUANTAN - Pihak Pentadbiran sekolah diwakili oleh Yang Berusaha Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua telah menerima kunjungan lawatan daripada Unit Badan Kebajikan Islam Petronas yang diwakili oleh Yang Berbahagia En. Ahmad Zaiyan Bin Mohd Kassim, CEO PCMTBE Sdn. Bhd. Dalam pertemuan yang ringkas itu, Pihak pentadbiran telah berkongsi hala tuju dan matlamat sekolah dalam memacu arena pendidikan selaras dengan visi dan misi yang dibawa oleh Jabatan Agama Islam Pahang. Pihak pentadbiran juga telah menerima sumbangan zakat kakitangan Petronas yang akan diagihkan kepada pelajar asnaf. Semoga dengan sumbangan tersebut membawa sinar kepada para pelajar seterusnya melakar kecemerlangan akademik secara berterusan.  Justeru, pihak pentadbiran sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan dengan lafaz Jazakumullahu khairan kathira.

Tag: 2021 CONTRIBUTION

0 komen

Sila berikan komen anda di sini