Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | KARNIVAL SUKAN

KUANTAN -  04-05.02.2020 Karnival Sukan yang berlangsung bagi tempoh 2 hari telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Antara yang menarik perhatian para pelajar dalam kesemua acara yang dipertandingkan adalah acara Futsal, Bola sepak, Bola tampar dan Memanah. Pihak pentadbiran SM Agama Al-Ihsan sangat berpuas hati dengan semangat dan kesungguhan yang ditonjolkan oleh para pelajar dalam menjayakan karnival sukan kali ini. Karnival ini berakhir dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Yang DiPertua PIBG, Ustaz Khairul Anuwar Bin Abu Bakar yang menyampaikan medal dan piala pusingan kepada para pemenang mengikut kategori iaitu Rumah Sukan Tabuk (JOHAN kategori ILMIAH), Rumah Sukan Tabuk (JOHAN kategori SUKAN) dan Rumah Sukan Tabuk (JOHAN KESELURUHAN).  Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dalam penglibatan sepanjang karnival. Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan kurikulum dan kokurikulum masing-masing pada masa hadapan.


Tag: 2020 MASISUPA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini