Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | MOTIVASI SIRI 1

KUANTAN - 03.01.2020 Unit Kaunseling dan Kerjaya telah menganjurkan program Motivasi Siri Pertama bertempat di Dewan ad-Daraquthni sebagai membuka tirai persekolahan bagi sesi 2020. Program tersebut bertujuan untuk meningkat daya saing dan motivasi belajar dalam diri para pelajar. Program motivasi tersebut telah disampaikan oleh CH.Roslan Bin Mansor K.B.,P.A yang mana beliau merupakan seorang Kaunseling Berdaftar LKM yang pakar dalam bidang berkaitan. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dalam penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.  Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan akademik masing-masing pada masa hadapan. Diharapkan agar dengan perlaksanaan motivasi ini dapat meningkatkan kualiti pembelajaran secara individu dari semasa ke semasa.


Tag: 2020 motivasi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini