Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PENYAMPAIAN INSENTIF BAGI HUFFAZ JUZU' 30

KUANTAN - Unit Pentadbiran dan Kurikulum sekolah telah menyampaikan saguhati kepada para pelajar yang berjaya menghafaz Juzu' 30. Penyampaian telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua SM Agama Al-Ihsan. Penyampaian insentif tersebut bertujuan memberi sokongan dan galakan kepada para pelajar untuk menghafaz al-Quran dengan lebih baik seiringan hasrat Pengetua sekolah yang melihat tahfiz sebagai elemen terpenting dalam membina kecemerlangan akademik pada masa hadapan. Semoga program kelas tahfiz SM Agama Al-Ihsan dapat dilaksanakan dengan perancangan program akademik yang sesuai dan berterusan.  Justeru, pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas penglibatan pelajar sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran peperiksaan serta kehidupan pada masa hadapan.

Tag: 2021 CONTRIBUTION

0 komen

Sila berikan komen anda di sini