Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | TEMU UJI TINGKATAN SATU 2018

KUANTAN - Lebih 800 orang pelajar telah menghadiri Temu Uji di SM Agama Al-Ihsan Kuantan bagi Pengambilan Tingkatan 1 Sesi 2018. Pihak sekolah telah menyediakan tiga pusat temu uji yang mampu menampung kehadiran seramai 1000 orang pelajar secara keseluruhan. Temu Uji yang dijalankan adalah serentak bersama Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) yang lain di seluruh Pahang. Calon-calon yang hadir akan menduduki Penilaian Penempatan yang mana terdiri daripada Ujian Bertulis, Ujian Tulisan Jawi dan Ujian Bacaan al-Quran. Kehadiran yang ramai membuktikan bahawa ibu bapa yakin dan percaya sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk mendidik dan membina generasi akan datang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam memacu Aspirasi Pendidikan Negara. Justeru, pelaksanaan temu uji di SMAN pada setiap tahun memberi isyarat bahawa sekolah agama menjadi tumpuan dan mendapat tempat dalam diri masyarakat kita bagi melanjutkan pendidikan anak-anak mereka kepada satu tahap yang lebih baik dan keputusan temu uji akan dimaklumkan secara atas talian pada 14 November 2017.

Tag: TEMU UJI

0 komen

Sila berikan komen anda di sini