Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | KARNIVAL KERJAYA MAHASISWA/I UINSU

KUANTAN - 29.01.2020 Karnival Kerjaya dibawah kelolaan Hal Ehwal Murid Unit Kaunseling dan Kerjaya telah berlangsung selama 1 hari bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Karnival tersebut bertujuan untuk membuka pengetahuan para pelajar tingkatan 1 mengenai hala tuju pendidikan bagi pelajar lulusan sekolah menengah agama. Program tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa/i Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UINSU). Program yang berlangsung dalam tempoh masa yang singkat mampu memberi fokus yang tinggi kepada para peserta program. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dalam penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan. Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan akademik masing-masing pada masa hadapan.

Tag: 2020 MOTIVASI UNIVERSITI

0 komen

Sila berikan komen anda di sini