Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PEMANTAUAN S.O.P PENGURUSAN SEKOLAH

KUANTAN - SM Agama Al-Ihsan telah beroperasi semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Sebagai langkah keselamatan semua pihak sama ada warga kerja sekolah mahupun pelajar, beberapa persediaan telah dilaksanakan bagi memenuhi sasaran Standard Operating Procedure (SOP) persekolahan sepertimana yang telah diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sejak hari pertama sekolah dibuka, pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan IPD Kuantan selaku Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) bagi melihat pematuhan perlaksanaan SOP di sekolah. Semoga dengan pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) di seluruh SMAN dapat memutuskan rantaian COVID-19 seterusnya mengekalkan kualiti pendidikan dan memartabatkan SMAN sebagai institusi pendidikan dibawah Jabatan Agama Islam Pahang setanding dengan institusi pendidikan yang lain.

Tag: 2020 pkpp sekolah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini