Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | SUMBANGAN DANA KELAS TAHFIZ OLEH YAB MENTERI BESAR PAHANG

KUANTAN - SM Agama Al-Ihsan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang atas sumbangan dana untuk membiayai kelas tahfiz bagi sesi 2021. Penyerahan cek sumbangan telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail kepada YDP Persatuan Ibu Bapa & Guru, Ustaz Khairul Anuwar Bin Abu Bakar. Semoga dengan pembiayaan tersebut program kelas tahfiz SM Agama Al-Ihsan dapat dilaksanakan dengan perancangan program akademik yang sesuai dan berterusan.  Justeru, pihak pentadbiran sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan dengan lafaz Jazakumullahu khairan kathira.

Tag: 2021. CONTRIBUTION

0 komen

Sila berikan komen anda di sini