Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PERSARAAN DAN PERTUKARAN STAF GURU

KUANTAN - 14.12.2019 Kelab Kakitangan dan Guru telah mengadakan Majlis Perpisahan kakitangan guru bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Majlis dihadiri oleh semua guru dan kakitangan dan disempurnakan oleh Pengetua, Ustaz Zaidi Bin Ismail. Pn. Lelawati Binti Muhamad Noor telah bertukar ke SM Agama Rompin dan Pn. Minah Binti Yahaya telah mencapai tempoh bersara perkhidmatan. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih diatas perkhidmatan yang telah diberikan selama tempoh berkhidmat dan selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu kepada yang diraikan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Tag: PERTUKARAN 2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini