Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PELANCARAN PROGRAM UNIT BDDK

KUANTAN - 29.01.2020 Pelancaran Program Khas BDDK telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Ustaz Zaidi Bin Ismail, Pengetua SM Agama Al-Ihsan Kuantan. Objektif pelancaran adalah untuk memberi makluman awal tentang program yang bakal dilaksanakan oleh BDDK khusus kepada para pelajar secara berkala dalam tempoh persekolahan bagi sesi 2020. Antara yang menarik adalah Jom Usrah, Jom Upgrade Pahala, Love and Care serta Islah Nafsi. Secara umum, semua program BDDK berteraskan konsep kerohanian disamping tidak mengabaikan nilai akademik yang ada dalam setiap program tersebut. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dalam penglibatan sepanjang program dan selamat ber-program kepada semua pelajar dalam menghadapi hari yang mendatang.  Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan akademik masing-masing pada masa hadapan. 

Tag: 2020 BDDK

0 komen

Sila berikan komen anda di sini