Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | KEM KEPIMPINAN

KUANTAN - 31-01.02.2020 Kem Kepimpinan Sekolah anjuran Unit Hal Ehwal Murid telah berlangsung selama 2 hari bertempat di Kem Nemo, Pantai Balok. Kem kepimpinan tersebut merangkumi badan disiplin sekolah yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, BDDK dan pengawas asrama. Kem dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Latihan Kem Nemo yang menampilkan fasilitator berpengalaman. Objektif penganjuran kem tersebut adalah untuk membina kemahiran interpersonal dan intrapersonal dalam diri pelajar sebagai seorang pemimpin di sekolah. Selain itu, gerak kerja berpasukan yang diterapkan dalam kem tersebut perlu diamalkan dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang bersifat rahmah kepada semua pelajar.  Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dalam penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.  Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan akademik masing-masing pada masa hadapan.

Tag: 2020 kem kepimpinan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini