Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PROGRAM SOLAT HAJAT & BACAAN YASIN

KUANTAN - Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan telah berlangsung dengan jayanya. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala antara ibu bapa dan pihak sekolah disamping bersama-sama memanjatkan doa dan memohon keredhaan serta ketenangan khusus kepada calon peperiksaan PT3, SMA dan SPM. Program ini berakhir dengan penyampaian taujihat oleh Yang Berbahagia En. Abdul Zaki Bin Mad Zin, Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan. Kehadiran ibu bapa yang ramai menunjukkan bahawa mereka memberi sokongan yang penuh dan meletakkan kepercayaan kepada pihak sekolah dalam memacu Aspirasi Pendidikan Negara. Justeru, pihak sekolah meletakkan harapan yang tinggi kepada semua calon peperiksaan agar dapat menghasilkan kejayaan yang cemerlang dan gemilang buat diri sendiri dan juga pihak sekolah.

Tag: AKADEMIK

0 komen

Sila berikan komen anda di sini