Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | MAJLIS IFTAR & PENYERAHAN BANTUAN PELAJAR

KUANTAN - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah menganjurkan satu Majlis Iftar dan Penyerahan Bantuan kepada Pelajar (Anak Yatim & Miskin) pada peringkat sekolah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Hormat Dato' Mohammad Noor Bin Abdul Rani, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang dan turut hadir bersama dengannya adalah Penolong-penolong Pengarah Bahagian Pendidikan. Seramai 50 orang pelajar telah menerima sumbangan yang diberikan oleh pihak yang berkenaan. Majlis berakhir pada jam 0800 malam selepas solat fardhu maghrib secara berjemaah. Alhamdulillah, semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban dan menjadi amal kebaikan bersama dalam menggapai keberkahan bulan Ramadan.

Tag: bantuan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini