Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | MAJLIS PENUTUP KARNIVAL SUKAN DAN ILMIAH

KUANTAN - 07.02.2020 Majlis Penutup Karnival Sukan dan Ilmiah Peringkat Sekolah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Khairul Anuwar Bin Abu Bakar, Yang DiPertua PIBG. Objektif majlis tersebut adalah untuk meraikan usaha gigih yang ditonjolkan oleh semua atlet sekolah dalam menjayakan karnival ini. Karnival Sukan dan Ilmiah yang berlangsung selama 4 hari itu adalah sebagai langkah persediaan para atlet mewakili sekolah dalam Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama Pahang (MASISUPA) yang akan berlangsung pada minggu hadapan.  Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dalam penglibatan sepanjang karnival. Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan kuruikulum dan kokurikulum masing-masing pada masa hadapan. Diharapkan agar dengan perlaksanaan karnival ini dapat meningkatkan kualiti sukan secara individu dari semasa ke semasa.


Tag: 2020 MASISUPA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini