Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | NLP KECEMERLANGAN SPM

KUANTAN - Pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) telah menganjurkan satu seminar motivasi yang bertajuk 'NLP Kecemerlangan SPM 2018'. Seminar tersebut telah disampaikan oleh Yang Berbahagia CH. Roslan Bin Mansor, Kaunselor di Lembaga Kaunselor Malaysia. Seramai 150 orang calon SPM bagi tahun ini telah menghadiri seminar tersebut dalam usaha meningkatkan motivasi belajar dalam diri masing-masing serta rakan belajar yang lain. Antara yang ditekankan adalah pengurusan pembelajaran iaitu 'Bagaimana seorang pelajar menguruskan pembelajarannya dalam konteks visual, auditori dan kinestatik?'. Semoga dengan pelaksanaan seminar ini mampu mencungkil daya usaha dan daya saing yang seimbang dalam mencapai kecemerlangan SPM 2018 yang diimpikan oleh semua pelajar. 

Tag: motivasi NLP 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini